Budak comel Tengah cuRik2 Usha



Sep 4, 2011

~ tips turunkan berat badan selepas berhari raya ~







hari raya disambut sebulan, nie dah raya keenam cuba g timbang berat badan masing2 mesti dah naik berapa kilo??hehe.,nie angkara permintaan open house semakin hari semakin banyak..makan pun mesti dah terkawal kn gara2 nasfu makan n balas dendam selepas sebulan berhempas berpuasa hehe..

masuk keje or belajar kawan2 kutuk "budak gemok!" apa perasaan korang?sedih kan...?sabar2 meh cuba tips2 kat sini insyallah..korang boleh turunkan berat badan korang dengan perasaan gembira tanpa stress..


1. Kunyah makan perlahan
kalau boleh kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

2. Jangan makan lewat malam 
Yang nie penting! Jangan!jangan makan lewat malam. Jika korang tergolong dalam golongan ini, tolong kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan kalau boleh makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

3.Kurangkan minuman berkalori
Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutri yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

4. Minum  sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
Untuk pengetahuan korang , air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak sebab nanti korang akan jadi gemok air hehe..

5.Jangan belajar berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang yang tidak
tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

6.Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan
asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


7.Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang dapat menangkung sedikit air. Ini bermakna
korang kurang berat yang disebabkan air.

8.Ambil sarapan pagi
Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

9.Kunyah makan kepada cebisan kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

10.Makan kerap
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

11.Kunyah gula2 getah
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan,beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

12.Banyakkan minum air limau nipis
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.Banyakkan buah-buahan
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14.Timbang selang hari
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15.Digalakkan makan makanan berempah
Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia
juga meningkatkan pembakaran lemak.

16.Pilih bijirin
Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein,
vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan satu diari diet
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah
membuat catatan.

18.Tumpukan kepada sihat tubuh badan , bukan kurus 
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19.Kurangkan kemanisan dalam makan
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

20. Makan tepat waktu 
Disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

21. Lakukan senaman
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

22.Hindari makan bergoreng
Kurangkan makanan bergoreng, gantilah dengan makanan rebus.Jangan melupakan bahwa ikan bakar dan ayam bakar kadang kadang dioles dengan minyak, jadi hindari juga
makanan ini.

sumber : oleh uncle google 


p/s : selamat mencuba yer =) 



terima kasih sudi membaca =)

2 5 gOmeL -gOmEL:

Anonymous said... BALAS

na nak tips tambahkan berat badan? hihi.. makan banyak time raya pon badan x naik2..

Unknown said... BALAS

0nenanina Vanilla: ye ke makan bnyak badan x naik2?ok nti diela bg tips tu hihi..