Budak comel Tengah cuRik2 Usha



Jan 21, 2013

kenali kanser paru-paru berair


Salam semua…harap2 sihat selalu..hari iela nak kongsi sejenis penyakit yang makin berisiko dan tumbuh bak cendawan yang ditimpa hujan . sebenarnya iela kongsikan article nie untuk korang semua ,, dan untuk diri iela sendiri ,, sekurang2nya kita tahu ape bende la kanser paru2 tu kan..dan bila dah baca article nie kita boleh mengelakkannya dan tahu gejala2 yang bakal mengalami penyakit nie .. ye dak eh..?

Okeh..panjang lebar pulak mebebel eh,,okeh2 berbalik tajuk kat atas tu ,meh ler rajin2 baca article nie yang x seberapa nie huhu…apa yang korang tahu pasal penyakit kanser paru2 berair ? mesti ramai yang tak tahu macam mana ia berlaku kan?

ok...firstly, paru2 berair atau dipanggil Plueral effusion 







Paru-paru dikelilingi oleh satu rongga kosong yang dikenali sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru—paru dan dinding dada. Ia diselaputi oleh prietal pleura disebelah dinding dada dan viceral pleura yang meliputi paru-paru. Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan penguncupan ketika proses pernafasan.

Paru-paru berair juga dikenali sebagai efusi pleura (plueral effusion) iaitu keadaan dimana rongga (kaviti pleura) dipenuhi oleh bendalir. Jenis bendalir tersebut adalah bedasarkan punca penyakit iaitu sama ada jenis exudate (bendalir yang mempunyai kandungan protein tinggi) atau tansudate (berair). 

Jika  ia dipenuhi oleh darah dikenali sebagai Hemothorax dan jika dipenuhi oleh nanah dikenali sebagai Pyothorax. Terdapat juga jenis yang dikenali sebagai Pneumothorax iaitu kaviti pleural dipenuhi dengan udara dan juga Chylothorax iaitu pengumpulan cecair limpatik (lymphatic) yang putih didalam kaviti pleural berpunca daripada kecederaan pada saluran limpatik dalam dada (thoracic duct) atau penyekatan saluran akibat ketumbuhan.

Jenis bendalir

Exudate
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
  • Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi.
  • Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
  • Warna air tebu (straw colour) menunjukkan pesakit batuk kering (TB).
  • Jika bernanah, ia berpunca dari pernanahan paru-paru (lung abscess) atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.


Transudate
  • Bewarna lebih jernih dan cair.
  • Kandungan protein yang kurang daripada 2 gram/ 100 ml.
  • Terjadi akibat kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru.
  • Dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirrosis (cirrhosis) hati mengakibatkan tekanan onkotik plasma darah yang rendah, seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan air keluar daripada pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.


Punca paru-paru berair
  • Kegagalan jantung.
  • Ketumbuhan.
  • Pneumonia
  • Pulmonary embolus.
  • Akibat prosedur rawatan (pembedahan) tertentu.
  • Kecederaan pada dada.
  • Cirrhosis.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Systemic lupus erythematosus (lupus).
  • Pancreatitis.
  • Rheumatoid arthritis
  • Tuberculosis
  • Nephrotic syndrome (protein dalam air kencing dan tekanan darah tinggi).
  • Peritoneal dialysis.
  • Ubat-ubat tertentu seperti hydralazine, procainamide, isoniazid, phenytoin, chlorpromazine, methysergide, interleukin-2, nitrofurantoin, bromocriptine, dantrolene dan procarbazine.



Hemothorax

Pengumpulan darah dalam ruang antara dinding dada dan paru-paru (kaviti pleura). Ia boleh terjadi akibat darah beku, kematian tisu paru-paru (pulmonary infarction), kanser paru-paru atau pleural, tuberculosis, dan akibat prosedur rawatan tertentu seperti pembedahan jantung, penggunaan catheter dan sebagainya. Selain daripada itu, saluran darah yang pecah atau aneurysm aortic boleh menyebabkan kebocoran darah kedalam ruang pleural.

Gejala Hemothorax
  • Keresahan (anxiety).
  • Sakit dada.
  • Tekanan darah rendah.
  • Kulit pucat dan sejuk.
  • Denyutan jantung laju.
  • Pernafasan menjadi laju.
  • Keletihan.
  • Sesak nafas.


Diagnosis
  • X-ray dada.
  • Ct scan
  • Analisis cecair pleural
  • Thoracentesis.


Pyothorax

Pyothorax juga dikenali sebagai plural empyema atau purulent pleuritis. Iaitu keadaan dimana berlaku pengumpulan nanah pada kaviti pleura. Penyakit ini biasanya berpunca daripada jangkitan bakteria dalam paru-paru (penumonia) dan selalu dikaitkan dengan parapneumonic effusions. Terdapat 3 peringkat iaitu peringkat exudative (pengumpulan nanah), peringkat fibrinopurulent (pembentukan poket nanah) dan organizing (pembentukan parut pada ruang pleura yang membawa kepada pemerangkapan paru-paru).

Gejala Pyothorax
  • Batuk-batuk.
  • Demam.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.


Diagnosis
  • Ujian sel darah putih.
  • X-ray dada.
  • Ct Scan
  • Ultrasonography.


Pneumothorax

Apabila berlaku kebocoran pada viceral pleura, akan menyebabkan udara memenuhi kaviti pleura dan menghasilkan tekanan pada paru-paru. Ini akan menyebabkan proses pernafasan menjadi sukar apabila paru-paru tidak dapat mengembang seperti normal. Ia boleh berpunca daripada kecederaan seperti terkena tembakan pistol, tusukan pisau, patah tulang rusuk atau akibat prosedur perubatan tertentu. Orang yang tinggi serta kurus adalah cenderung untuk mendapat masalah ini. Selain daripada itu, individu yang mempunyai masalah paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD), asma, cystic fibrosis, batuk kering dan batuk kokol mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Gejala Pneumothorax
  • Sakit tajam pada dada dan lebih teruk apabila menarik nafas tajam atau ketika batuk.
  • Sesak nafas.
  • Dada rasa ketat.
  • Mudah letih.
  • Jantung berdenyut laju.
  • Kulit berwarna kebiruan akibat kekurangan oksigen.
  • Hidung kembang.
  • Tekanan darah rendah (hipotension)


Diagnosis
  • X-ray dada
  • Arterial blood gases (ujian tahap oksigen, karbon diosida serta pH dalam darah).

Gejala yang dikenal pasti 
  • Batuk berkahak atau mungkin disertai dengan darah
  • Demam
  • Sesak nafas
  • Menggigil, mungkin sekali atau kerap
  • Sakit dada
  • rasa letih
  • Loya dan muntah
  • Cirit birit


tapi ada sesetengah orang mengatakan mandi malam itu adalah salah satu punca penyakit kanser paru2 berair , tapi seeloknya mandi la dengan air suam , kerana ia dapat mengelakkan kesejukkan bagi yang tidak tahan dengan kesejukkan dan bagi orang yang menghidap asma . 



pelbagai kaedah rawatan yang boleh kita usahakan , kalo korang yang sedang mengalami penyakit ini , seeloknya 

  • kurangkan makanan yang berminyak 
  • kurangkan pengambilan ais atau air sejuk 
  • mandi dengan air suam setiap hari
  • memakai baju yang tebal jika berada di tempat yang sejuk seperti air cond 
  • selalu berjumpa doktor 
  • habiskan antibiotik yang diberi oleh doktor 
  •  Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang.
  • Batuk kering (TB).
  •  Jangkitan kuman di paru-paru.
  • kanser paru-paru atau lain-lain kanser.
  • Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis.
  • Kegagalan jantung.
  • Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang).
  • Sirosis hati.
  • Pneumonia (radang paru-paru).Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan 

  • rawatan 

  • Efusi pleural yang kecil tidak memerlukan rawatan namun punca penyakit perlu dirawat.
  • Efusi plueral yang besar serta menyebabkan sesak nafas dirawat menerusi kaedah penyedutan cecair dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
  • Efusi yang berpunca daripada Pneumonia akan diberi antibiotik, dan jika bendalir yang terkumpul adalah nanah juga akan disedut. Namun jika bendalir tersebut terkumpul disebalik parut (bahagian berfiber) maka proses penyedutan akan menjadi sukar. Oleh itu kadang-kala sejenis ubat yang dikenali sebagai thrombolytics (fibrinolytics) akan diterapkan daam kaviti pleural untuk membantu proses penyedutan. Ia dapat mengelakkan pembedahan. Jika kaedah tersebut tidak dapat dilakukan, maka pembedahan pembuangan mana-mana lebihan kulit berfiber yang tebal pada permukaan paru-paru akan dilakukan untuk membolehkan paru-paru mengembang dengan normal.
  • Efusi berpunca daripada Kanser iaitu pengumpulan bendalir akibat kanser pada pluera adalah lebih sukar untuk dirawat kerana bendalir sentiasa terkumpul semula dengan pantas. Penyedutan bendalir dan pemberian ubat anti-tumor kadang-kala boleh mengelakkan bendair dari terkumpul semula.



p/s : dah abis kan baca...sekarang dah tahu kan apa kanser paru2 berair ,,? 
       sebenarnya penyakit ini juga akan dialami oleh semua orang tidak kira muda 
       @ tua , oleh itu jagalah diri anda semua sebelum mengalaminya sendiri kerana ia
       adalah sangat perit .






terima kasih sudi membaca =)

0 5 gOmeL -gOmEL: