indah bukan pada rupa tetapi indah
pada hati yg telah terpaut
datang membawa suatu perasaan
yang sangat indah hadirnya bukan dipaksa bukan
juga dicari...
hadirnya bagaikan kelembutan
hembusan bayu yg bertiup
suatu persaan yg sangat meruntun jiwa dan membuat jiwa resah
tentangnya.. bukan tak pernah untuk menepis semua
bayangan-bayangan itu ,
tapi semakin menepis semakin kukuh
dan teguh menghampiriku
lelah ku untuk menepisnya,
ya. akhirnya ku tewas ..
begitu kuatnya perasaan itu dan indahnya ...
maaf.. bukan ku membenci akan perasaan itu , tapi ketakutan itu
menguasai diriku , ketakutan buatku terseksa,
hadirnya kau buat
hidupku kembali ceria tiada lagi duka merantai diriku ,
indahnya perasaan itu ..buat ku terlena dalam kebahagian yang kita ciptakan.
pernah dulu ku tak mempercayai akan wujudnya cinta ..
kecewa dengan semuanya, tapi setelah kau hadir...
sesuatu bagaikan keajaiban telah berlaku
kau berjaya memecahkan tembok yang sangat kukuh itu ,
kerana adanya tentang perasaan itu yang buat aku tewas akhirnya
kerana kau telah hadirkan perasaan itu..
kau buatku bahagia , terlupaku tentang tembok yang pernah aku
ciptakan dulu..akhirnya runtuh jua..
hadirmu buat ku tersenyum ..
hadirmu buat ku ceria..
seceria pelangi cantik yang mewarnai langit biru
kau yg terindah dalam hidupku..
semoga cinta ini semakin bertambah cintanya dan terus
mekar , indahnya cinta andai milik kita selamanya ...
kau yg terindah..~
0 5 gOmeL -gOmEL:
Post a Comment