Budak comel Tengah cuRik2 Usha



Jan 10, 2012

Adam Adli dijatuhi hukuman gantung ?











Assalamualaikum...


Siapa x kenal Adam Adli ? nama dia menjadi isu hangat berkaitan dengan rusuhan mahasiswa yang lalu akibat kerana rusuhan itu dia dijatuhi hukuman digantung 3 sem yang mana dia merupakan penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) .


Tindakan menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam .


Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.


"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.


"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.



=  kosmo  .


p/s : inilah padahnya sebab terlalu taksub dengan politik , hmm..nasib baik kena gantung sem ,
       kalo kena buang terus x ke menyesal ? dah tu penat je belajar tinggi . tinggi pastu terpaksa
       kena tendang keluar .. kalo aku malu weh...buatnya nanti kalo PTPTN tarik balik pinjaman tu
       menyesal weh..x ke menangis tanpa berlagu  .
terima kasih sudi membaca =)

0 5 gOmeL -gOmEL: