Budak comel Tengah cuRik2 Usha



May 28, 2011

Gastrik sape ada ?

Salam petang semua dah minum petang belom?apa khabar ari nie?mesti sihat2 & ceria selalu  =)
tanya kt ampa plak , ak pn x mnum petang lg tp cik perot ak nie tgah mendendangkan lgu cak linpong nie..hehe..tapi xpe ak tahan dlu ,sbb ak nak share skit la kisah pasal penyakit gastrik

kt korang nie siapa yg berisiko yg dapat penyakit nie?nak tahu mesti ak... =) , x caya ke?haha btol lar, ak x tipu.. ok.ak  adalah salah sorang pesakit lar yg da penyakit nie memang dah

lama bsarang kt dlm perot ak nieh sejak form 5 lg.. ok nak tahu ape bendenya yg ak dok sebut2 tu?
meh ak terang skit yer...





Gastrik atau istilahnya disebut penyakit peptik ulser .Siapa2 yg da penyakit nie selalu akan mengalami pedih ulu hati , bila berlakunya?ia kerap terjadi kalo perot kita kosong (terutama lewat malam atau awal pagi)sebab tu kena makan awal..

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk,pesakit akan buang air besar cair.Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis.





Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Tanda2 Gastrik dikesan :
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan ,  bila badan digosok atau diurut.
  • Rasa mual (loya) dan muntah ,  
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Gastrik juga dikenali sebagai :

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.


Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok     
  • Stres  -  individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


Kaedah Rawatan  :

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Cara mengawalnya : 

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


oklah..panjang bebenor plak ak story psl gastrik nie, pe2 pon korang kenalah jaga kesihatan korang yer.. (jgn jd macam ak,,hhuhu...)
ak nak korang ambik iktibar nieh utk korang gak kn?klo xnak ambik peduli pon xpe...


jom minum petang..ak belanja hehe...

nota hati : klo xnk da gastrik mcm ak nieh kna jaga kesihatan taw.. jgn jadi ketegaq mcm ak sbb tu dpat gastrik =)  


ok.bai...






terima kasih sudi membaca =)

0 5 gOmeL -gOmEL: