Budak comel Tengah cuRik2 Usha



Jun 17, 2011

buah naga yg comel... :)



 isinye bintik bintik taw...


salam..sihat ke?harap2 sihat selalu...
korang penah makan x buah naga?rasanya sedap x?hehe..ak x penah makan sebab xtaw apa rasanya?isi buah tu warna merah kan macam nampak sedap je...(kecur air liur aku hehe..) tapi bila aku tengak buah naga aku rasa macam geli pulak tu nak muntah pon ada napa eh?ntah lar...sebab bintik.bintik kat dalam isi buah tu kot, buat aku rasa geli tekak..huuhuhu..sabo2...dan nak jugak tahu khasiat buah tu , asyik keje makan je , latarbelakang buah tu kena ambik tahu jugak karang x siasat nanti tersalah makan buah racun plak kang susah nanti...tapi aku tahu buah naga nih mana ada racun lah,hehe..saje nak buat gempak! hehe..




 comel x? =)




Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!


Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

meh kita baca khiasat buah naga di bawah ...

khasiat buah naga...


buah naga dapat menurunkan kadar kolesterol, pengimbang gula darah, menguatkan fungsi ginjal dan tulang, serta meningkatkan kerja otak. Adapun zat fitokimia di dalam buah ini dapat menurunkan risiko kanser.


Buah naga juga sangat baik untuk sistem peredaran darah. Buah ini sangat efektif untuk mengurangi tekanan emosi dan meneutralkan racun dalam darah. Buah naga mengandung 80 peratus air, vitamin C, serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang bermanfaat untuk mengatasi penyakit darah tinggi.


Kandungan serta pada buah naga yang mencapai 0,7-0,9 gram dalam setiap gramnya juga sangat berguna dalam sistem pencernaan dan menurunkan kadar kolesterol. Jika ingin terhindar dari berbagai penyakit, tak ada salahnya bila anda makan buah naga mulai dari sekarang.


Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan manusia diantaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan.


Buah naga biasanya dikonsumsi dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandungi kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga juga dapat dihidangkan dan didapati  dalam bentuk jus, sari buah, manisan atau penambah perisa dalam masakan   sesuai selera anda.


Secara umum,pakar berpendapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


Menurut AL Leong dari Johncola Pitaya Food R&D, organisasi yang meneliti buah naga merah , buah kaktus madu itu cukup kaya dengan berbagai zat vitamin dan mineral yang sangat membantu meningkatkan daya tahan dan bermanfaat bagi metabolisme dalam tubuh manusia.


“Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menetralkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kanker usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.


Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung; serat (mencegah kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan mencegah pelbagai penyakit), kalsium (menguatkan tulang).


Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).



Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg


buah naga isinya merah lebih banyak khasiatnya


so, apa lagi jom lar ramai2 sebarkan khasiat buah naga nih


wahh...macam sedap pulak buah naga nih, nak cuba lah...
hehe..


baibai...peace... =)


terima kasih sudi membaca =)

0 5 gOmeL -gOmEL: